Isnin, Januari 17, 2011



salam...

link ni lebih kepada aktiviti2 kehidupanku...jadi nak tgk gmbar ke apa ke sila clik je kat situ..kalau x dapat hglight n copy paste je kat web search :D
terima kasih :)

http://jalan-mujahadah-imej.blogspot.com

Jumaat, Oktober 29, 2010

Sabtu, Mei 29, 2010

KISAH TELADAN


Dalam sebuah riwayat menceritakan, pada suatu hari Luqman al-Hakim telah masuk ke dalam pasar dengan menaiki seekor himar, manakala anaknya mengikut dari belakang. Melihat tingkah laku Luqman itu, setengah orang pun berkata, “lihat itu orang tua yang tidak bertimbang rasa, sedangkan anaknya dibiarkan berjalan kaki.”

Setelah mendengarkan desas-desus daripada orang ramai itu maka Luqman pun turun dari himarnya itu diletakkan anaknya di atas himar itu. Melihat yang demikian, maka orang di pasar itu berkata pula, “lihat orang tuanya berjalan kaki sedangkan anaknya sedap menaiki himar itu, sungguh kurang adab anak itu.”

Sebaik saja mendengar kata-kata itu, Luqman pun terusnaik ke atas belakang himar itu bersama-sama dengan anaknya. Kemudian orang ramai berkata lagi, “lihat itu, dua orang menaiki seekor himar, sungguh menyeksakan himar itu.”

Oleh kerana tidak suka mendengar percakapan orang, maka Luqman dan anaknya turun daripada himar itu, kemudian terdengar lagi suara orang berkata, “Dua orang berjalan kaki, sedangkan himar itu tidak dikenderai.”

Dalam berjalan pulang ke rumah, luqman al-Hakim telah menasihati anaknya tentang sikap manusia dan telatah mereka, katanya, “sesungguhnya tiada seorang pun terlepas daripada percakapan manusia. Maka orang yang berakal tiadalah dia mengambil pertimbangan melainkan kepada Allah SWT sahaja. Barang siapa mengenali kebenaran, itulah yang menjadi pertimbangan dalam tiap-tiap satu.”

Kemudian Luqman hakim berpesan kepada anaknya, katanya, “wahai anakku, tuntutlah rezeki yang halal supaya kamu tidak menjadi fakir. Sesungguhnya tiadalah orang fakir itu melainkan tertimpa kepadanya tiga perkara, iaitu tipis keyakinannya (iman) tentang agamanya, lemah akalnya (mudah tertipu dan diperdayai orang ) dan hilang kemuliaan hatinya (keperibadiannya), dan lebih celaka lagi daripada tiga perkara itu ialah orang yang suka merendah-rendahkan dan meringan-ringankannya.”

Selasa, Mac 02, 2010

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aduhai Cinta… Milik Siapa?

Cinta adalah anugerah Allah kepada setiap jiwa. Malah cinta itu merupakan fitrah semula jadi manusia. Nabi Adam merupakan manusia pertama yang menikmati cinta sebaik sahaja diciptakan. Kesunyian yang dihadapi baginda menyebabkan Allah mencipta pula Hawa sebagai peneman hidupnya. Rasa ingin menyayangi dan disayangi menjadi fitrah manusia.

Terlalu banyak definasi mengenai cinta. Ia berbeza mengikut pengertian masing-masing. Perbahasan mengenainya tidak pernah padam. Setiap individu mempertahankan pengertian mereka. Bermula dari anak muda sehingga dewasa,orang awam dan golongan pakar memaknakan cinta mereka. Namun bagaimanakah mampu mencapai cinta yang terunggul?

Keajaiban cinta ini dapat diakui dengan pelbagai definasi. Malah lebih hebat,banyak pula kategori cinta. Kemudian lahirlah puisi cinta,syair cinta dan pelbagai lagi.

Mengapa Ada Cinta?

Bicara mengenai cinta membawa kita mengenai banyak jenis cinta. Ada cinta seorang teruna kepada sang dara. Cinta seorang ibu kepada anaknya,cinta majikan kepada pekerjanya serta macam-macam cinta. Kemuncak cinta ada manusia masuk syurga kerananya. Namun tidak kurang pula terjerumus ke neraka gara-gara cinta. Lantas,cinta yang bagaimana dapat menyampaikan seseorang umat Islam ke syurga? Bagaimana pula cinta yang menghumbankan seseorang ke neraka?

Kata bijak pandai, cinta letaknya di hati. Walupun tidak kelihatan namun getarannya mampu dirasai. Malah kehebatan cinta terserlah apabila ia mampu menguasai minda dan tindakan seseorang. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis. Dek kerana cinta,kesulitan pun dirasakan sesuatau yang indah. Penangan cinta,perkara mustahil mampu bertukar menjadi kenyataan.

Namun kerana cinta,ramai yang juga merana. Keluarga dan sanak saudara ditinggalkan demi memburu cinta. Sanggup pula berkorban harta dan wang demi menagih sesuatu yang digelar cinta. Akibatnya,orang yang waras menjadi gila. Si kaya bertukar menjadi miskin dan yang gemuk menjadi lebih kurus. Semuanya adalah kerana cinta.

Dari Mana Datangnya Cinta?

Cinta datang dari dua sumber. Antara yang diilhamkan Allah dan juga nafsu. Tidak kurang manusia terkeliru untuk mengenal pasti punca cinta mereka. Malah ramai terpedaya sebenarnya. Cinta yang tidak berlandaskan Allah dan syariatNya sering kali mewujudkan pelbagai cinta palsu. Maka lahirlah di dalamnya para pencinta dunia, harta dan wanita.

Cinta yang bersumberkan nafsu berlaku apabila hati kotor, sentiasa melakukan dosa. Lebih teruk tidak pula mahu bertaubat.

Apabila hati kotor dengan pelbagai sifat tercela berkenaan, maka nafsu mengambil alih peranan Tuhan. Setiap tindakan yang dilakukan sering mengikut arah nafsu.

Lelaki apabila jatuh cinta kepada perempuan yang mendedahkan kecantikannya akan turut mengalirkan cinta nafsunya. Apabila kecantikan tubuh badan perempuan sudah tidak terlindung, maka nafsulah yang menjadi raja.

Begitu juga perempuan. Apabila jatuh cinta hanya semata-mata lelaki kaya, segak bergaya, punya jawatan dan segala yang disenangi nafsu, maka kasih sayang yang diberi hanya untuk menumpang kemewahan dan kesenangan.

Setelah bertaut dua cinta yang bersumberkan nafsu, maka kepentingan masing-masing akan dizahirkan. Adegan-adegan bagi menzahirkan cinta sudah tidak terlindung lagi. Semuanya mahu menyatakan rasa cinta masing-masing.

Timbul Cinta Hilang Malu.

Cinta yang melambung asmara. Keluarga sanggup ditinggalkan, malah ada yang tahap membunuh diri lantaran kecewa dalam percintaan. Cinta nafsu hanya memberikan kebahagian sekejap sahaja. Indahnya tidak bertahan lama. Namun kesannya begitu lama. Sakit cinta nasfu ini boleh membawa kepada kesiksaan paling bahaya iaitu neraka kelak. Kemuncak cinta beginilah yang sering menelan mangsa.

Malu sudah tidak dapat ditanggung. Begitu juga memikul kesannya. Hingga boleh menyusahkan semua pihak. Perangkap cinta nafsu juga boleh berlaku di alam rumah tangga. Seksanya tetap sama malah kadang kala lebih teruk lagi. Selagi isteri masih muda, cantik dan seksi maka selama itulah disenangi suami. Begitulah selagi nafsu menyenanginya.

Sumber Cintakan Allah.

Cinta yang diilhamkan daripada Allah terus ke hati, itulah cinta yang benar lagi suci. Cintannya tidak dinilai daripada matanya sendiri. Namun dilirik daripada pandangan Allah. Syariatnya diikuti cinta begini hanya bersebab kerana Allah. Cintanya hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Cinta mereka terhasil daripada cinta terhadap Allah. Malah cinta mereka tidak langsung diselitkan dengan nafsu. Hubungan cinta begini berasaskan kasih saying tanpa mengira jantina dan peringkat umur.

Cinta begini boleh berlaku antara pemimpin dan rakyat, ibu bapa kepada anak-anaknya. Begitu juga sesama sahabat. Menjiwai apa yang dinikmati saudra masing-masing. Hubungan antara mereka tidak mengandungi sebarang unsure yang menyalahi syariat Allah. Jika berlaku antara lelaki dan perempuan yang belum dinikahi, hubungan cinta mereka dijaga agar tidak melanggar hukum agama.

Antara keduanya, masing-masing memastikan tiada tindakan yang dilakukan bertentangan denganperintah Allah. Malah pergaulan mereka juga sentiasa dibatasi dengan syarat yang ditetapkan. Keberkatan mengiringi mereka.

Begitu juga cinta yang melibatkan suami isteri. Cinta ynag bersumberkan Allah pastinya menyinari kehidupan mereka. Keberkatan dalam rumahtangga serta rahmatAllah sentiasa mengiringi kehidupan mereka.

Aduhai, nikmatnya kehidupan mereka apabila rahmat serta nikmat Allah menjadi sandaran. Tiada kekhuatiran bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

Cinta milik Allah

Cinta adalah milik Allah kerana Dialah yang merupakan Pencipta segala kecintaan. Kerana cintanya, segala nikmat disediakan kepada setiap makhluk. Cinta Allah tidak pernah punya sempadan mahupun sempadan. Tinggal lagi apakah kita sebagai hamba menghargai cinta-Nya?

Cinta yang paling agung dan berada di kemuncak tertinggi adalah cinta kepada Allah. Jika sudah mendapat cinta-Nya.seorang hamba akan bias menikmati kemanisan dalam setiap nafasnya.

Tiada keluhan dan keraguan dalam kehidupan. Keyakinan yang teguh bahawa Allah sentiasa bersama-samanya akan menghilangkan segala cinta dunia.

Hamba yang memburu cinta Allah tidak akan pernah tunduk kepada sesiapa. Segala perintah Allah dituruti manakala larangan-Nya pula segera dijauuhi. Puncak segala cintanya berada didalam gengaman Illahi,Dzat Yang Maha Mengasihani.

Bagaimanpun cinta memerlukan bukti. Lantas Allah menguji seseorang hamba apakah benar cintanya itu. Disinilah letaknya ukuran apakah kita Berjaya atau tergolong dalam golongan orang yang tewas dalam menyatakan cinta kepada-Nya.

Bagaimanapula keadaan kita ketika Allah menguji betapa dalam cinta kita terhadapnya dengan hanya menarik kembali harta atau oarnag yang dikasihi yang telah diberikan selama ini?

Jalan untuk memburu cinta Allah telah ditunjukkan kepada kita. Siapa lagi jika bukan kekasih-Nya, Rasullullah S.A.W. tinggal lagi apakah kita mahu memburunya? Firman AllahS.W.T yang bermaksud: “katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (surah al-Imran:31)

Bagaimana dengan diri kita? Mahu ikuti siapa? Nafsu atau Rasul-Nya? Pilihan ditangan kita.

Oleh : TEAM ALI

I luv Islam

Bil: 2

Ahad, Februari 21, 2010

PENGENALAN USRAH

MAKSUD USRAH

Islam memandang sangat mustahak pembentukan ikatan perpaduan untuk penganutnya. Ikatan itu dinamakan usrah. Melalui usrah kita dapat memimpin penganut Islam ke arah contoh-contoh pujian yang tinggidi samping mengukuhkan ikatan yang sedia ada. Selain itu, mutu ukhuwwah antara sesame ahli boleh ditingkatkan iaitu dengan merealisasikan teori dalam perbuatan dan amalan. Oleh itu kita hendaklah memandang berat perkara ini dan bersedia untuk menjadi batu bata yang sihat lagi berguna kepada bangunan keluarga bentukan yang mulia ini, iaitu keluarga Islam.

RUKUN USRAH

Rukun ikatan usrah ini tiga perkara iaitu berkenalan, bersefahaman, dan berimbangan. Kita hendaklah memngambil berat perkara ini dan bersungguh-sungguh menjayakannya supaya ikatan itu tidaklah semata-mata menjadi beban yang tidak bererti.

Ø Berkenalan (taaruf)

Rukun usrah yang pertama ialah taaruf antara satu sama lain. Ahli usrah hendaklah berkenal-kenalan dan berkasih sayang dengan semangat cinta kepada agama. Kita hendaklah memahami pengertian dan hakikat ukhuwwah sejati. Elakkanlah perkara yang boleh mengeruhkan ukhuwwah itu. Hal ini boleh dilakukan dengan sentiasa menjunjung titah firman Allah Subhaanahu waTaaala dan hadith rasulullah sallallahu alaihi wasallam. Jadikan firma Allah Subhaanahu wa Taaala sebagai perkara yang wajib diutamakan.

Antara firman Allah dan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam ialah:

Orang-orang Mukmin itu bersaudara-mara.

(Al-Hujurat; 26-10)

Berpeganglah dengan tali Allah semuanya dan janganlah kamu berpecah belah.

(Ali-Imran; 3:103)

Orang Mukmin bagi orang Mukmin itu laksana bangunanyang sebahagiannya memperkuatkan sebahagian yang lain.

Orang Muslim adalah saudara bagi Muslim yang lain; ia tidak menzaliminya dan tidak juga membiarkannya.

Perbandingan orang-orang Mukmin dalam erti kata kasih sayang mereka, dalam perasaan belas kasihan mereka, dan dalam simpati mereka adalah laksan badan yang satu.

Ø Bersefahaman (tafahum)

Kita hendaklah berpegang pada kebenaran dengan mengerjakan apa-apa yang diperintahkan Allah dan meninggalkan apa yang dilarangNya.periksalah diri sendiri dengan sehalus-halusnya sama ada diri kita benar-benar mentaati perintah Allah atau terlibat dengan arena kederhakaan. Setelah memeriksa diri sendiri, kita hendaklah nasihat menasihati antara satu sama lain apabila kelihatan ada sesuatu yang cacat.

Rakan yang dinasihati itu hendaklah bersikap terbuka dan sanggup menerima nasihat daripadanya. Pemberi nasihat pula janganlah berubah hati terhadap sahabat yang tersilap itu walau sejarak sehelai rambut sekalipun.

Nasihat hendaklah diberi dengan cara baik tanpa memandang rendah sahabat yang dinasihati itu. Pemberi nasihat janganlah menganggap dirinya lebih mulia. Sembunyikanlah kesilapan sahabat itu daripada pengetahuan naqib selama lebih kurang sebulan. Ceritakanlah kepada naqib apabila anda tidak berdaya untuk membaikinya. Namun demikian, jangan sekali-kali tawar hati terhadap sahabat yang silap itu. Sebaliknya teruskanlah kasih sayang anda terhadapnya sehingga Allah melakukan apa-apa perubahan yang dikehendakinya.

Sahabat yang diberikan nasihat pula janganlah keras kepala. Janganlah juga berubah hati walau sejarak sehelai rambut sekalipun terhadap si pemberi nasihat. Fahamilah bahawa martabat kasih sayang Allah itu adalah setinggi-tinggi martabat bagi pengertian kasih sayang di kalangan umat manusia. Nasihat pula adalah satu dasar yang amat penting di dalam agama Islam. Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermaksud: Agama itu nasihat. Oleh itu, perhatikanlah dalam-dalam pengajaran yang mulia dalam hadith ini mudah-mudahan Allah memberi rahmatNya kepada kita.

Ø Berseimbangan (takaful)

Rukun usrah yang ketiga ini bermaksud memelihara nasib sesame sendiri agar tiada sahabat yang terbiar atau terlantar. Amalkan rukun ini dengan bersungguh-sungguh, iaitu dengan cara menolong memikul bebanan sesame sendiri. Takaful merupakan tunjang iman dan inti sari ukhuwwah sejati. Takaful boleh dijelmakan dengan cara bertanya khabar sesama sendiri, ziarah menziarahi, berganti-ganti membuat kebajikan dengan jalan segera menolong antara satu sama lain sedaya upaya.

Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud: Kalau seseorang daripada kamu berjalan keran hendak menolong saudaranya adalah lebih baik baginya daripada ia beriktikaf sebulan di dalam masjidku.

Sabda Baginda lagi: Sesiapa yang memberi kegembiraan kepada keluarga sesebuah rumah orang Muslim nescaya tidak lain yang dibalas Allah melainkan n syurga.

PERINGATAN

Dua perkara yang perlu dititik beratkan ialah kehadiran dan pengisian tabung usrah. Setiap anggota usrah hendaklah menghadiri setiap pertemuan yang telah dijadualkan walau bagaimana uzur sekalipun. Setiap anggota usrah hendaklah menunaikan kewajipannya untuk tabung usrah di cawangan usrahnya. Apabila dapat menunaikan kewajipan yang bersifat perseorangan, kemasyarakatan, dan kewanagn seperti di atas, maka rukun usrah akan terlaksana dengan jayanya. Sebaliknya, jika dicuaikan, maka segala rukun dan peraturan itu akan beransur-ansur mundur dan kahirnya terus mati. Dengan matinya peraturan usrah yang baik ini, gerakan dakwah akan rugi dengan serugi-ruginya sedangkan gerakan dakwah sangat diperlukan dan menjadi tempat harapan bagi ummat Islam seluruhnya.

KANDUNGAN USRAH

Apakah yang perlu dilakukan dalam setiap pertemuan mingguan usrah yang menepati maksud, rukun dan peringatan di atas? Jawapannya mudah: kita mempunyai banyak kewajipan sedangkan masa kita terlalu sedikit. Oleh itu pertemuan mingguan hendaklah dipenuhkan dengan perkara-perkara yang berikut:

Ø Membentangkan kesulitan

Setiap anggota membentangkan kesulitan masing-masing. Bagi perhatian terhadap kesulitan yang diluahkan oleh rakan kita dan berusahalah mengatasinya. Lakukan hal ini dalam suasana ukhuwwah sejati dan dengan niat kerana Allah. Dengan demikian daapatlah diperkuatkan lagi asas saling percaya mempercayai dan tali hubungan ukhuwwah dapat diperkukuhkan.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda yang bermkasud, Orang Mukmin itu cermin bagi saudaranya. Sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam lagi yang bermaksud, Perbandingan orang mukmin dalam erti kata timbang rasa simpati mereka adalah laksana badan yang satu, iaitu apabila mana-mana anggota mengadukan hal, turut menangguhkan seluruh anggota badan dengan berjaga malam dan merasai demam.

Ø Bermuzakarah

Anggota usrah hendaklah bermuzakarah iaitu bertukar-tukar fikiran dalam urusan Islam. Teliti risalah yang diedarkan oleh pucuk pimpinan kepada seluruh cawangan usrah. Elakkan pertengkaran atau bertikam lidah kerana semuanya itu adalah haram menurut undang-undang usrah. Muzakarah hendaklah merupakan penerangan dan penjelasan dengan tidak melanggar batas span santun yang sempurna dan dengan cara harga-menghargai buah fikiran yang datang daripada semua pihak dalam muzakarah itu. Apabila hendak ditutup satu-satu perbincangan, atau hendak dibuat keputusan mengenai apa-apa cadangan, atau hendak diberi penjelasan lanjut mengenai cadangan yang hendak ditimbangkan, maka perkara itu hendaklah diserahkan kepada naqib supaya beliau lebih sempat terlebih dahulu mengemukakan kepada pucuk pimpinan.

Jangan buat keputusan dengan cara terburu-buru. Allah mencela ummat manusia yang bersikap terburu-buru dengan firmanNya yang bermaksud: Dan apabila datang kepada mereka sesuatu perkara tentang keamanan atau ketakutan maka mereka pun terus mencanangkannya. Setelah Allah Subhaanahu wa Taaala mencela mereka yang berperangai begitu maka Allah tunjukkan pula apa-apa yang mesti dilakukan apabila tersua dengan suasan seperti itu dengan firmaNya yang bermaksud: Kalaulah mereka kembali kepada Rasul dan pihak berkuasa antara mereka sendiri nescaya orang-orang yang menimbangkannya itu mengetahui hakikatnya

Ø Kajian buku

Adakan studi (penilitian) terhadap sebuah kitab yang bermutu. Jelmakan studi dalam kehidupan harian walaupun hanya sekadar mengamalkan bermuka manis. Panduan daripada buku boleh disampaikan dalam taklimat sesuatu projek seperti menziarahi orang sakit, menolong orang-orang yang berhajat (walaupun sekadar dengan kata0kata yang baik), mencari dan bertanyakan hal tentang bebanan anggota yang terputus rezeki. Semua itu dapat mengukuhkan algi tali ukhuwwah dan melipatgandakan perasaan kasih sayang dalam hati masing-masing.

Ø Aktiviti sokongan

Untuk mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama sendiri, kita hendaklah mengadakan rehlah, lawatan, aktiviti lasak seperti mendayung sampan, mendaki gunung dan berbasikal. Kita hendaklah mengadakan aktiviti khusus seperti berpuasa (seminggu sekali atau dua kali), solat subuh berjamaah dan qiyamullail.

Khamis, Disember 24, 2009

IBU...AYAH...KERANA KALIANLAH SAYA DAPAT HIDUP DI DUNIA INI!!

Kerana Merekalah Kita Dapat Melihat Dunia ini……
Kerana Merekalah Kita Menjadi Seperti Kini…….
Hargailah Mereka , Sayangilah Mereka…..
Sekaya Mana Pun Kita , Setinggi Mana Pun Kita….
Tanpanya Mereka Berdua Ianya Tidak akan Kita Capai…

Maka Doakanlah Mereka……


Ya Allah, Rendahkanlah suaraku bagi mereka. Perindahlah ucapanku di depan mereka. Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan Lembutkan hatiku untuk mereka......... Ya Allah, Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, Atas didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas kesayangan yang mereka limpahkan padaku, Peliharalah mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah, Apa saja gangguan yang telah mereka rasakan atau kesusahan yang mereka deritakan kerana aku, Atau hilangnya sesuatu hak mereka kerana perbuatanku, Jadikanlah itu semua penyebab susutnya dosa-dosa mereka dan bertambahnya pahala kebaikan mereka dengan perkenan-Mu ya Allah,
Hanya Engkaulah yang berhak membalas kejahatan dengan kebaikan berlipat ganda.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku, Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku, Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi syafa'at untuk mereka, sehingga kami semua berkumpul bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu ..........

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah yang Maha Pengasih diantara semua pengasih. Amin Ya Rabbul Alamin.. Marilah kita kenangkan dosa kita kepada orang tua kita. Siapa tahu hidup kita dirundung nestapa kerana kedurhakaan kita. Kerana kita menghisap darahnya, tenaganya, airmatanya, keringatnya. Istighfarlah, Istighfarlah ...

”Barangsiapa yang matanya pernah sinis melihat orang tuanya. Atau kata-katanya sering mengguris hatinya, atau yang jarang memperdulikan dan mendoakannya.
Percayalah bahawa anak yang derhaka seksanya didahulukan di dunia ini”. Ayah ... Ibu ampunkanlah dosa-dosa anakmu ...

Amin..Amin..Amin.. Yarabana'alamin