Selasa, Mac 02, 2010

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang...

Aduhai Cinta… Milik Siapa?

Cinta adalah anugerah Allah kepada setiap jiwa. Malah cinta itu merupakan fitrah semula jadi manusia. Nabi Adam merupakan manusia pertama yang menikmati cinta sebaik sahaja diciptakan. Kesunyian yang dihadapi baginda menyebabkan Allah mencipta pula Hawa sebagai peneman hidupnya. Rasa ingin menyayangi dan disayangi menjadi fitrah manusia.

Terlalu banyak definasi mengenai cinta. Ia berbeza mengikut pengertian masing-masing. Perbahasan mengenainya tidak pernah padam. Setiap individu mempertahankan pengertian mereka. Bermula dari anak muda sehingga dewasa,orang awam dan golongan pakar memaknakan cinta mereka. Namun bagaimanakah mampu mencapai cinta yang terunggul?

Keajaiban cinta ini dapat diakui dengan pelbagai definasi. Malah lebih hebat,banyak pula kategori cinta. Kemudian lahirlah puisi cinta,syair cinta dan pelbagai lagi.

Mengapa Ada Cinta?

Bicara mengenai cinta membawa kita mengenai banyak jenis cinta. Ada cinta seorang teruna kepada sang dara. Cinta seorang ibu kepada anaknya,cinta majikan kepada pekerjanya serta macam-macam cinta. Kemuncak cinta ada manusia masuk syurga kerananya. Namun tidak kurang pula terjerumus ke neraka gara-gara cinta. Lantas,cinta yang bagaimana dapat menyampaikan seseorang umat Islam ke syurga? Bagaimana pula cinta yang menghumbankan seseorang ke neraka?

Kata bijak pandai, cinta letaknya di hati. Walupun tidak kelihatan namun getarannya mampu dirasai. Malah kehebatan cinta terserlah apabila ia mampu menguasai minda dan tindakan seseorang. Cinta dapat mengubah pahit menjadi manis. Dek kerana cinta,kesulitan pun dirasakan sesuatau yang indah. Penangan cinta,perkara mustahil mampu bertukar menjadi kenyataan.

Namun kerana cinta,ramai yang juga merana. Keluarga dan sanak saudara ditinggalkan demi memburu cinta. Sanggup pula berkorban harta dan wang demi menagih sesuatu yang digelar cinta. Akibatnya,orang yang waras menjadi gila. Si kaya bertukar menjadi miskin dan yang gemuk menjadi lebih kurus. Semuanya adalah kerana cinta.

Dari Mana Datangnya Cinta?

Cinta datang dari dua sumber. Antara yang diilhamkan Allah dan juga nafsu. Tidak kurang manusia terkeliru untuk mengenal pasti punca cinta mereka. Malah ramai terpedaya sebenarnya. Cinta yang tidak berlandaskan Allah dan syariatNya sering kali mewujudkan pelbagai cinta palsu. Maka lahirlah di dalamnya para pencinta dunia, harta dan wanita.

Cinta yang bersumberkan nafsu berlaku apabila hati kotor, sentiasa melakukan dosa. Lebih teruk tidak pula mahu bertaubat.

Apabila hati kotor dengan pelbagai sifat tercela berkenaan, maka nafsu mengambil alih peranan Tuhan. Setiap tindakan yang dilakukan sering mengikut arah nafsu.

Lelaki apabila jatuh cinta kepada perempuan yang mendedahkan kecantikannya akan turut mengalirkan cinta nafsunya. Apabila kecantikan tubuh badan perempuan sudah tidak terlindung, maka nafsulah yang menjadi raja.

Begitu juga perempuan. Apabila jatuh cinta hanya semata-mata lelaki kaya, segak bergaya, punya jawatan dan segala yang disenangi nafsu, maka kasih sayang yang diberi hanya untuk menumpang kemewahan dan kesenangan.

Setelah bertaut dua cinta yang bersumberkan nafsu, maka kepentingan masing-masing akan dizahirkan. Adegan-adegan bagi menzahirkan cinta sudah tidak terlindung lagi. Semuanya mahu menyatakan rasa cinta masing-masing.

Timbul Cinta Hilang Malu.

Cinta yang melambung asmara. Keluarga sanggup ditinggalkan, malah ada yang tahap membunuh diri lantaran kecewa dalam percintaan. Cinta nafsu hanya memberikan kebahagian sekejap sahaja. Indahnya tidak bertahan lama. Namun kesannya begitu lama. Sakit cinta nasfu ini boleh membawa kepada kesiksaan paling bahaya iaitu neraka kelak. Kemuncak cinta beginilah yang sering menelan mangsa.

Malu sudah tidak dapat ditanggung. Begitu juga memikul kesannya. Hingga boleh menyusahkan semua pihak. Perangkap cinta nafsu juga boleh berlaku di alam rumah tangga. Seksanya tetap sama malah kadang kala lebih teruk lagi. Selagi isteri masih muda, cantik dan seksi maka selama itulah disenangi suami. Begitulah selagi nafsu menyenanginya.

Sumber Cintakan Allah.

Cinta yang diilhamkan daripada Allah terus ke hati, itulah cinta yang benar lagi suci. Cintannya tidak dinilai daripada matanya sendiri. Namun dilirik daripada pandangan Allah. Syariatnya diikuti cinta begini hanya bersebab kerana Allah. Cintanya hanya untuk mendapatkan keredhaan Allah.

Cinta mereka terhasil daripada cinta terhadap Allah. Malah cinta mereka tidak langsung diselitkan dengan nafsu. Hubungan cinta begini berasaskan kasih saying tanpa mengira jantina dan peringkat umur.

Cinta begini boleh berlaku antara pemimpin dan rakyat, ibu bapa kepada anak-anaknya. Begitu juga sesama sahabat. Menjiwai apa yang dinikmati saudra masing-masing. Hubungan antara mereka tidak mengandungi sebarang unsure yang menyalahi syariat Allah. Jika berlaku antara lelaki dan perempuan yang belum dinikahi, hubungan cinta mereka dijaga agar tidak melanggar hukum agama.

Antara keduanya, masing-masing memastikan tiada tindakan yang dilakukan bertentangan denganperintah Allah. Malah pergaulan mereka juga sentiasa dibatasi dengan syarat yang ditetapkan. Keberkatan mengiringi mereka.

Begitu juga cinta yang melibatkan suami isteri. Cinta ynag bersumberkan Allah pastinya menyinari kehidupan mereka. Keberkatan dalam rumahtangga serta rahmatAllah sentiasa mengiringi kehidupan mereka.

Aduhai, nikmatnya kehidupan mereka apabila rahmat serta nikmat Allah menjadi sandaran. Tiada kekhuatiran bahawa Allah sentiasa bersama mereka.

Cinta milik Allah

Cinta adalah milik Allah kerana Dialah yang merupakan Pencipta segala kecintaan. Kerana cintanya, segala nikmat disediakan kepada setiap makhluk. Cinta Allah tidak pernah punya sempadan mahupun sempadan. Tinggal lagi apakah kita sebagai hamba menghargai cinta-Nya?

Cinta yang paling agung dan berada di kemuncak tertinggi adalah cinta kepada Allah. Jika sudah mendapat cinta-Nya.seorang hamba akan bias menikmati kemanisan dalam setiap nafasnya.

Tiada keluhan dan keraguan dalam kehidupan. Keyakinan yang teguh bahawa Allah sentiasa bersama-samanya akan menghilangkan segala cinta dunia.

Hamba yang memburu cinta Allah tidak akan pernah tunduk kepada sesiapa. Segala perintah Allah dituruti manakala larangan-Nya pula segera dijauuhi. Puncak segala cintanya berada didalam gengaman Illahi,Dzat Yang Maha Mengasihani.

Bagaimanpun cinta memerlukan bukti. Lantas Allah menguji seseorang hamba apakah benar cintanya itu. Disinilah letaknya ukuran apakah kita Berjaya atau tergolong dalam golongan orang yang tewas dalam menyatakan cinta kepada-Nya.

Bagaimanapula keadaan kita ketika Allah menguji betapa dalam cinta kita terhadapnya dengan hanya menarik kembali harta atau oarnag yang dikasihi yang telah diberikan selama ini?

Jalan untuk memburu cinta Allah telah ditunjukkan kepada kita. Siapa lagi jika bukan kekasih-Nya, Rasullullah S.A.W. tinggal lagi apakah kita mahu memburunya? Firman AllahS.W.T yang bermaksud: “katakanlah (wahai Muhammad): “jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu, dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani” (surah al-Imran:31)

Bagaimana dengan diri kita? Mahu ikuti siapa? Nafsu atau Rasul-Nya? Pilihan ditangan kita.

Oleh : TEAM ALI

I luv Islam

Bil: 2