Jumaat, Disember 11, 2009

Buatlah Rumahmu Sendiri Di Dalam Syurga...

kerakusan menguasai aku hingga aku jadi hambaNya.
kalaulah aku berpuas hati dengan apa yang kumiliki,
nescaya aku tetap sebagi manusia merdeka.

cubalah kita mengingati semula berapa ramai orang yang kita kenali telah meninggal dunia , adakah diantara mereka yang mati itu membawa hartanya? istananya? emas dan peraknya? kereta dn pesawatnya? sudah tidak ada seorangpun,,,
sebaliknya mereka,jangankan membawa kemewahan...tetapi dimasukkan ke liang lahad dengan kain kafan sahaja, kemudian mereka disoal dengan pelbagai soalan: siapakah Tuhanmu...? siapakah Nabimu...? apa agamamu...? dan soalan-soalan lainnya...
Oleh itu bersiap sedialah untuk menghadapi hari itu. Jangan bersedihdan terlalu menyayangisegala kenikmatan dunia, kerana semua itu adalah sesuatu yang fanadn tidak berharga. Semuanya tidak akan berguna buat anda,tidak ada yang dapat menolongkecuali amal soleh anda sendiri sebagaimana yang dinyatakan dalam firman Allah s.w.t :
"sesiapa yang mengerjakan amal soleh , sama ada lelaki mahupun perempuan, dalam keadaan beriman, maka sesungguhnya akan kami berikan kepadanya kehidupan yang baik dan sesungguhnya akan kami beri balasan kepada mereka dengan pahala yang lebih baik dari apa yang telah mereka kerjakan." (surah An-Nahl:97)

motivasi menjadi wanita paling bahagia
Dr.'Aidh abdullah Al-Qarni


2 ulasan:

  1. allah yu barik fih..
    allahu ma'enti..
    salam ukhwah..
    salam mahabbah;)

    BalasPadam
  2. syukran ya anti....
    salam ukhwah fillah (^_^)

    BalasPadam